بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberikan nikmatnya yang berterusan sehingga aku mampu meneruskan catatan dalam Travelogku ini. Sembahyang Dhuha merupakan solat sunat muakkad yang boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT kerana memberikan kepada kita 360 sendi untuk kita menjalani kehidupan, walaupun pada hakikatnya kita tidak dapat membalas budi Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat Dhuha dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Rasulullah SAW pernah mengerjakan sembahyang Dhuha sebanyak dua rakaat atau empat atau enam dan paling banyak lapan rakaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).
Waktu Solat Dhuha.
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Masanya ialah 30 minit selepas habis waktu Subuh, sehinggalah sebelum masuk waktu sembahyang Zhohor iaitu sekiranya habis waktu Subuh 7.00 pagi ,maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 7.30 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha ialah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi. Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Masanya ialah 30 minit selepas habis waktu Subuh, sehinggalah sebelum masuk waktu sembahyang Zhohor iaitu sekiranya habis waktu Subuh 7.00 pagi ,maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 7.30 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha ialah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi. Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)
Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha.
Sembahyang sunat Dhuha dilakukan dengan niat seperti di bawah. Manakala surah yang dsyorkan dibaca ketika sembahyang Dhuha dua rakaat ialah:-
Sembahyang sunat Dhuha dilakukan dengan niat seperti di bawah. Manakala surah yang dsyorkan dibaca ketika sembahyang Dhuha dua rakaat ialah:-
i. Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii. As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii. Al-lail dan Al-Insyirah.
Sekiranya mampu bacalah doa di bawah sebanyak 40 kali pada sujud terakhir, tetapi jika tidak mampu tidak perlu baca doa di bawah cukup sekadar membaca tasbih seperti biasa. Jangan kita memberatkan diri, sebaliknya permudahkannya. Apa yang penting kita dapat memelihara sembahyang ini setiap hari walaupun dilakukan sebanyak dua rakaat. Sekiranya kita menjaga solat ini barulah Allah mengampunkan dosa-dosa kecil kita walaupun sebanyak buih di lautan.
Selepas memberi salam bertasbihlah seperti di bawah sebanyak 10 kali jika mampu melakukannya. Jika tidak cukup sekadar sekali atau tiga kali.
Akhirnya, berdoalah dengan doa di bawah jika mampu. Sekiranya tidak mampu cukuplah sekadar berdoa apa saja terutamanya semoga Allah mengampunkan dosa, murah dan berkatkan rezeki serta umur panjang dengan membuat kebajikan sepanjang hayat.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya. Seseorang yang memelihara solat sunat ini setiap hari akan memperoleh keampunan Allah SWT, murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa serta keberkatan hidup dunia dan akhirat.
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
- Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Akhirnya semoga apa yang coretkan dalam Travelogku ini akan memberikan ilmu dan peringatan kepada diriku yang lupa dan sentiasa alpa dengan kehidupan dunia. Bagi pembaca yang membaca blogku ini terima kasih dan diharapkan mendapat sedikit ilmu pengetahuan tentang sembahyang sunat Dhuha untuk kita sama-sama amalkan. Terima kasih juga kepada blog-blog yang kukutip bahan-bahan seperti maklumat dan video-video yang dipaparkan di atas.