بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Bertemu kembali pada laman travelogku setelah sekian lama menyepi diri dek kerana kesibukan menjalani kehidupan seharian. Niat di hati memang banyak perkara yang
terlintas dalam fikiran yang hendak dikongsi bersama, namun apakan daya
manusia bisa merancang tetapi Allah SWT jua yang menetapkan sesuatu
kejadian terhadap makhluknya. Pada kali ini aku ingin berkongsi
pengalaman membuat pagola di sebelah rumahku yang sudah sekian lama
diimpikan oleh isteriku. Kawasan tersebut kini kuletakkan pokok-pokok
bunga yang kutanam sendiri dan tidak begitu terurus.
|
Ruang untuk dipenuhi oleh pagola |
|
|
|
|
|
Aku telah lama membeli kayu untuk pembinaan pagola ini tapi tersadai di
tepi rumahku kerana kekangan masa. Rasa-rasanya hampir dua atau tiga
bulan tersadai di bahagian tepi rumahku. Nasib baik tidak ada anai-anai,
kalau tidak lebuh jadi makanan anai-anai.
|
Kayu yang tersadai |
Jadi apabila cuti bermula akupun memulakan kerja-kerja membina pagola tersebut pada 8.1.13, bersamaan dengan hari Ahad. Aku mula melicinkan kayu-kayu yang telah dibeli dengan menggunakan 'grinder' yang dipasang dengan 'sander'. Proses untuk melicin, membuang cat dan meratakan kayu lama mengambil masa yang agak lama.
|
Proses melicinkan kayu |
Selepas itu, aku mula memahat batang-batang tiang pagola untuk menampakkan seni ukiran yang menarik. Tiang-tiang kayu cengal yang berukuran 4" x 4" aku pahat sikit demi sedikit dengan penuh kesabaran. Bukan senang untuk memahat tiang cengal yang keras.
|
Pahat-memahat |
Pada sebelah malam, aku dan isteri melukis corak bunga yang hendak diserikan pada pagola yang akan dibuat. Isteriku banyak memberikan ilham motif bunga yang hendak dilukis. Melukis ini pun memerlukan kreativiti dan kehalusan rasa.
|
Melukis bunga atas kertas untuk acuan melukis atas kayu |
Setelah siap dipotong dan diukir kayu yang hendak digunakan, sampailah masa untuk kerja-kerja memasang dan menaikkan tiang-tiang pagola. Pagola yang hendak aku bina panjangnya lebih kurang 30' dan lebarnya 8'. Kerja-kerja mendirikan pagola tidak boleh dilakukan oleh aku seorang, jadi isteri dan anakku Najmi membantu aku.
|
Pekerjaku yang rajin membantu |
|
Pemasangan pagola memerlukan kesabaran dan ketelitian supaya nampak kemas dan menarik. Mesin-mesin sangat penting supaya dapat memudahkan kerja pemasangan dan menjimatkan masa.
Setelah beberapa hari rangka pagola berjaya didirikan dengan bantuan isteri dan anak-anakku. Puas rasanya melihat penat lelah yang telah berbalas dengan rangka pagola yang telah didirikan.
Setelah hampir sebulan aku bertungkus-lumus pagi dan petang, akhirnya siaplah pagola yang diimpi-impikan oleh isteriku. Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan, syukur.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ