Travelogku
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم TRAVELOGKU merupakan blog yang merakamkan sebahagian daripada perjalanan kehidupanku di dunia ini. Tapi nama blog ini terpaksa dijadikan TREVELOGKU kerana semasa aku hendak mendaftar nama yang aku berkenan itu, nama itu telah dimiliki oleh orang lain. Aku insan biasa yang meniti kehidupan di dunia fana dengan melalui pelbagai rencah pengalaman yang manis dan pahit. Travelogku ini sebahagian daripada rakaman pengalaman yang diabadikan sebagai tatapan peribadiku dan sesiapa saja yang sudi untuk membacanya. Semoga bicara dalam blog ini tidak akan menyentuh kehidupan orang lain sebaliknya menjadi perkongsian pengalaman yang dapat memberikan sekelumit faedah dan kebaikan kepada insan yang bernama manusia

Travelogku lebih bersifat catatan mengenai kerjaya, minat, hobiku dan pengalaman yang dipotretkan sebagai paparan rona-rona kehidupan aku sebagai seorang manusia biasa yang meniti arus kehidupan di dunia yang fana ini. Harapanku semoga Travelogku ini akan mencernakan refleksi diri ke arah menemukan laluan kehidupan yang lebih baik dari sehari ke sehari. Semoga travelog kehidupan yang aku harungi hari ini lebih baik daripada hari kelmarin dan kehidupan hari esok lebih baik daripada hari ini.
وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

0 komen:
Catat Ulasan