Pages

Coretan Travelog Hidup Insan Biasa Dalam Meniti Kehidupan Di Dunia Yang Fana

Isnin, 9 September 2013

Menjejaki Bahasa Al-Quran


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Alhamdulillah, travelogku kali ini berkaitan dengan kelas bahasa Arab yang diadakan di Surau An-Najihin, Taman Paduka Setia yang bermula pada 8.9.2013 (Ahad). Kelas ini anjuran bersama KRT dan Surau An-Najihin Paduka Setia yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Ali bin Zahari dari Jelutong. Lebih kurang 40 orang menghadiri kelas ini yang diadakan pada pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Terima kasih kepada Tuan haji Shahabuddin yang berusaha untuk merealisasikan kelas bahasa Arab ini. Kenapakah kita perlu belajar bahasa Arab?.


القرآن الكريم / Al-Quran yang mulia

Renunglah firman Allah SWT ini "Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya". (Surah Yusuf:2). Setelah membaca ayat di atas, tentulah kita mengetahui bahwasanya bahasa Arab merupakan bahasa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk agama Islam.


Saya budak baru belajar / أنا أتعلم صبي جديدة  


Bagi pelajaran pertama ini, dapatlah aku ketahui bahawa dalam bahasa Arab, ada dua istilah penting yang disebut dengan nahwu dan shorof.   Nahwu ialah ilmu untuk mengetahui hukum akhir dari sesuatu kata, sama ada berharokat dhommah, fathah atau kasrah. Dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kajian sintaksis.

Contoh perubahan bentuk akhir suatu kata:

Contoh:
جَاءَ رَجُلٌ


Telah datang seorang laki-laki
رَجُلٌ
جَاءَ
Harokat akhir dhommah (baris hadapan (u))
(marfu’)

رَأَيْتُ رَجُلاً


Aku melihat seorang laki-laki
رَجُلاً
رَأَيْتُ
Harokat akhir fathah (baris atas (a))
(manshub)

مَرَرْتُ بِرَجُلٍ

Aku berjumpa dengan seorang laki-laki
بِرَجُلٍ
مَرَرْتُ
Harokat akhir kasrah (baris bawah (i))
(majrur)


Manakala ilmu shorof ialah  ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah perubahan sesuatu kata kepada bentuk lain  yang menyebabkan   perubahan pada artinya. Bermakna ilmu tentang pembentukan kata dan perubahannya, sama ada kerana penambahan atau pengurangan. Dalam bahasa Melayu disebut kajian morfologi


Contoh :
نَصَرَ Telah menolong (kata kerja)
يَنْصُرُ Sedang menolong (kata kerja)
نَاصِرٌ Orang yang menolong (Subjek)
مَنْصُوْرٌ Orang yang ditolong (Objek)


Kata di dalam bahasa Arab terbahagi kepada tiga jenis:-
i. Isim (kata nama)
ii. Fi’il (kata kerja)
iii. Huruf (huruf-huruf tertentu)

i. Isim
Dalam Bahasa Arab, isim terbahagi kepada 2 jenis; iaitu isim muzakkar (اسم المذكر) dan isim mu'annas (اسم المؤنث). Isim muzakkar ialah setiap kata nama yang menunjukkan lelaki/jantan. Manakala isim mu'annas pula ialah kata nama yang menunjukkan perempuan/betina.

Contoh isim muzakkar :
1) بَيْتٌ - rumah
2) قَمِيصٌ - kemeja
3) سَرِيرٌ - katil
4) كُرْسَيٌّ - kerusi
5) مِفْتَاحٌ - anak kunci
6) مَكْتَبٌ - meja
7) قَلَمٌ - pen
8) نَجْمٌ - bintang
9) كِتَابٌ - buku
10) مَسْجِدٌ - masjid
Berikut adalah contoh isim mu'annas :
1) مِرْوَحَةٌ - kipas angin
2) سَيَّارَةٌ - kereta
3) حَمَامَةٌ - burung merpati
4) مِسْطَرَةٌ - pembaris
5) دَرَّاجَةٌ - basikal
6) حَقِيبَةٌ - beg
7) وَرْدَةٌ - bunga mawar
8) نَظَّارَةٌ - cermin mata
9) بَطَّةٌ - itik betina
10) طَائِرَةٌ - kapal terbang

Bagi memudahkan kita mengenal pasti isim, biasanya kalimah jar (kata sendi)  seperti di bawah terletak di hadapan isim:-
مِنْ Dari
إِلَى Ke
عَنْ dari
عَلَى Di atas
فِى Di dalam


رُبَّ Betapa byk
بِ dengan
مُذْ = مُنْذُ sejak
كَـ seperti
لِـ.. Bagi


مَعَ beserta
لَعَلَّ Mudah2an
عِنْدَ Pada/ sisi
حَتَّى sampai



Contoh isim  yang bersambung dengan huruf jar:-
  1. ن (min) Contoh, مِنَ الجامِعَةِ (Dari kampus)
  2. إلي (ila) Contoh, إلي المَدْرَسَةِ Ke sekolah
  3. عن ('an) Contoh, عَنِ الَمسْألَةِ (dari masalah itu)
  4. علي ('ala) Contoh, عَلَي الِمنْبَرِ (Di atas mimbar)
  5. في (fi) Contoh, فِي الْبَيْتِ (Di rumah)
  6. رب (rubba). Contoh, رُبَّ رَجُلٍ كَرِيْمٍ (Semoga lelaki yang baik)
  7. الباء Contoh, بِمُحَمَّدٍ (dengan Muhammad)
  8. الكاف Contoh, محُمَدٌ كَعُمَرَMuhammad seperti Umar
  9. أللام
Contoh, اَلكِتَابُ لِزَيْدٍ Buku itu milik Zaid.
  1. حُروف القَسَمHuruf (kata sambung) untuk sumpah bermakna "demi". Kata sambung sumpah ada tiga yaitu
    1. الواو (wau). Contoh, وَاللَِه Demi Allah
    2. الباء (ba'). Contoh, بِاللِه Demi Allah
    3. التاء (ta'). Contoh, تَاللِه Demi Allah

Kesimpulannya, huruf jar pasti bersambung dengan isim dan tidak mungkin bersambung dengan fi’il. Juga menjadi penanda kepada isim. Selain itu, salah satu tanda isim yang majrur (isim yang dimasuki huruf jar) adalah kasrah, sebab itulah kenapa semua contoh diatas berakhiran kasrah (‘in’ jika tanpa alif lam, dan ‘i’ jika dengan alif lam). Demikianlah pelajaranku bagi kelas bahasa Arab yang pertama. Dapatlah aku memahami serba-sedikit asasa-asas bahasa Al-Quran ini. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan kepada kami semua untuk terus mengharungi cabaran dan halangan menguasai bahasa Arab ini.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

0 komen: