بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Entri Travelogku kali ini ingin menyentuh tentang khutbah Jumaat bersamaan 30.8.2013 yang telah disampaikan oleh Ustaz Lokman Hakim di Masjid At-Taqwa Taman Tun Sardon Taman Brown yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku di Mesir dan Syria serta Palestine. Selepas saja menyelesaikan tugas di Balik Pulau, aku terus meluncur laju dengan harapan dapat menunaikan sembahyang Jumaat di masjid Taman Tun Sardon/Taman Brown kira-kira 25 km dari Balik Pulau. Pada awalnya aku hendak sembahyang di Masjid Sg. Rusa,Balik Pulau, namun aku hanya merancang tetapi Allah yang mengatur segala-galanya. Sesungguhnya aku tidak punya apa-apa kuasa, Allahlah yang maha berkuasa seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud "Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan
kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (AT-Takwir : 29). Rupa-rupanya aku diberi peluang untuk menghayati khutbah yang disampaikan dengan semangat berkobar-kobar dan berkesan oleh Ustaz Lokman Hakim.
Pembunuhan rakyat Mesir oleh KUDETA |
Khutbah yang disampaikan dengan cara tersendiri tanpa berpandukan teks yang disediakan sangat menyentuh perasaanku. Gaya penyampaian yang bersemangat dan pidato yang berkesan menyentuh kalbu, sehingga keluar manik-manik air dari kelopak mataku mengenangkan penderitaan saudaraku di Mesir, Syria dan Palestine yang dibunuh dan diseksa oleh manusia-manusia laknatullah.
Pengkhutbah membawa pemikiran jamaah semua terhadap peranan kita yang berada di Malaysia yang aman ini. Persoalan yang ditimbulkan adakah kita mempedulikan nasib saudara kita di sana? atau adakah kita hanya berkata itu isu mereka dan kita tidak ada kaitan langsung?.

Pembunuhan kanak-kanak oleh tentera Syria |
Memang ada segelintir rakyat Malaysia yang beragama Islam memandang perkara tersebut tiada kaitan dengan diri mereka. Tiada langsung perasaan simpati dan empati mereka terhadap nasib saudara kita di Mesir, Syria dan Palentine. Apa yang mereka fikirkan hanyalah kehidupan sendiri yang terpisah daripada orang lain.
Pengkhutbah mengingatkan orang-orang seperti ini dengan membaca sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan daripada kalangan kami”. Fikirlah sejenak wahai saudara-saudaraku perkara yang telah dinyatakan oleh nabi kita ini. Insaflah diri ketika kita masih diberikan peluang untuk hidup oleh Allah SWT. Fikirlah... apakah yang kita akan jawab apabila di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir nanti, "Siapakah saudara kamu?."

Pembakaran di Medan Nahdhah |
Sungguh berkesan sekali khutbah ustaz ini kerana aku memandang di sekeliligku semua jamaah begitu khusyuk mendengar tanpa terpandang aku jamaah yang tidur. Kalau dibandingkan minggu-minggu sebelum ini, ramai jamaah yang tertidur kerana pengkhutbah hanya membaca teks dengan cara yang kurang menarik. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Lokman Hakim.
Aku amat berharap supaya semua imam memperbaiki cara penyampaian khutbah yang membosankan kepada kaedah yang lebih berkesan. Maklum sajalah waktu itu tengah hari dan jamaah letih bekerja jika disampaikan dengan cara membaca teks sudah pasti tidak tercapai tujuan pembacaan khutbah tersebut.

Beginilah jika khutbah membosankan |
Akhirnya, kesimpulan daripada khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Lokman Hakim, beliau menasihatkan semua jamaah supaya membantu saudara-saudara kita yang terseksa dan menderita lantaran perbuatan manusia laknatullah khususnya di Mesir, Syria dan Palestine mengikut kemampuan masing-masing. Bagi yang berkemampuan hulurlah sumbangan dari segi wang ringgit, bagi yang tidak berkemampuan cukuplah sekadar berdoa kepada Allah SWT supaya menyelamatkan saudara-saudara kita itu.
Bagi yang berkebolehan handaklah menyebarkan peristiwa kekejaman ini kepada semua manusia supaya wujud gelombang penentangan secara global terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini. Marilah kita hayati firman Allah SWT yang bermaksud "Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2).

Islam Pasti Menang |
Seterusnya firman Allah SWT yang bermaksud, "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah maha penerima taubat." (An-Nashr: 1-3).
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
0 komen:
Catat Ulasan