Pages

Coretan Travelog Hidup Insan Biasa Dalam Meniti Kehidupan Di Dunia Yang Fana

Khamis, 1 Ogos 2013

Biar Penat Badan, Asalkan Jimat Belanja

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Bertemu kembali dalam Travelogku yang menjadi medium perkongsian pengalaman hidup seorang insan biasa. Pada kali ini aku hendak berkongsi pengalaman menjimatkan perbelanjaan dengan bersikap berani untuk melakukan sendiri membaiki kerosakan paip air di rumah kita sendiri. Kalau dipanggil tukang paip sudah pasti akan memerlukan kos yang tinggi kerana upah yang dikenakan mahal.

Guna gergaji besi untuk memotong paip pvc
Baru-baru ini paip di dapurku mengalami masalah pengeluaran air yang sangat perlahan kerana tekanan air yang sangat rendah. Isteri aku sering merungut kerana sukar untuk membasuh pinggan mangkuk kerana air sedikit. Mula-mula aku menyiasat punca masalah itu berlaku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mendapatkan punca air terus dari paip yang berada di atas siling rumah.
Tangki air di atas siling rumah

Aku telah membeli paip pvc, penyambung paip, L, gam dan tape putih (Poly Textra Fluoro Ethylene). Alat-alat lain seperti gunting, gaji besi, playar dan lain-lain  aku telah ada. Aku telah naik ke atas bumbung rumah untuk menyambung paip dari situ. Aku membuka sedikit bumbung rumah supaya bahagian tersebut cerah dan angin boleh masuk.

Bumbung yang dibuka supaya mudah untuk membuat kerja pemasangan paip
 Setelah selesai di bahagian atas bumbung aku mula menyambung paip  di bahagian bawah rumah. Kerja-kerja pemasangan tidaklah begitu rumit tetapi memerlukan kesabaran dan ketekunan.Penyambungan paip itu dibuat pada bahagian belakang rumah aku di mana terletaknya dapur memasak.

Mengukur panjang paip yang perlu digunakan
Setelah selesai bahagian di atas aku mula menyambung paip tersebut dengan bahagian paip singki di bahagian dapur rumah aku. Pemasangan pada bahagian ini susah sikit sebab ruang di belakang rumah aku sempit. Tapi alhamdulillah aku berjaya melakukannya dengan baik.

Paip yang digunakan untuk disambung dengan singki
Setelah selesai di bahagian tersebut, aku mula untuk memsang di singki yang terletak di bahagian dalam rumah. Proses penyambungan di bahagian bawah singki ini agak rumit kerana ruangnya sempit dan sukar untuk mengetatkan paip air dengan paip pvc. Namun aku berjaya juga memasang paip pada bahagian ini berkat kesabaran aku. Alhamdulillah


Agak sukar memasang pada bahagian yang sempit
Setelah hampir lapan jam aku bertungkus lumus memasang paip tersebut akhirnya masalah air yang terlalu perlahan itu dapat aku selesaikan. Isteri aku mula tersenyum simpul apabila aku berjaya menyelesaikan masalah itu kerana memudahkannya melakukan kerja-kerja dapur. Moralnya aku berjaya melakukan pemasangan tersebut kerana mempunyai keinginan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri di samping dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya mengupah orang lain. وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lihatlah, selesai masalah



0 komen: